Friday, November 5, 2010

Rahsia Lelaki Dan Pergerakan

    
      Mengganggukkan kepala
      Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan 
      kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan 
      sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila 
      diperlukan pertolongan.


      Mendekatkan badan
      Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual 
      dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang 
      lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.


      Merenung
      Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh 
      tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.


      Menggerakkan tangan dan badan
      Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta 
      yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk 
      membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk 
      menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.


      Suka berdiri
      Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini 
      melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka 
      mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang 
      mengalah.


      Memandang mata
      Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa 
      memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana 
      rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.


      Sensitif pada jarak
      Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak 
      tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia 
      jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.


      Meniru gerak
      Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka 
      mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia 
      tidak menimbulkan masalah.


      Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk 
      mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk 
      menghadapi sebarang kemungkinan. 

No comments:

Post a Comment