Monday, November 1, 2010

Rahsia Disebalik Tulisanmu

     Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada 
      yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik 
      mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita 
      boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada 
      syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu 
      mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood 
      yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan 
      hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu 
      bersifat sementara saja.  


      [Tulisan berubah-ubah] 
      Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu 
      lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. 
      Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada 
      sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia 
      sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah 
      dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang 
      yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan 
      lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka 
      dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini 
      tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh 
      dipengaruhi oleh orang lain. 


      [Kecondongan tulisan] 
      Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang 
      rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya 
      amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan 
      tepat. 
      Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan 
      biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan 
      dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. 
      Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil 
      dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri 
      mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab 
      itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama! 


      Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi 
      luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga 
      seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia 
      tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau 
      bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada 
      orang yang dicintainya! Cayalah! 


      [Saiz tulisan] 
      Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan 
      orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan 
      dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang 
      memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya. 


      Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran 
      jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang 
      sensitif dan mudah tersentuh jiwanya. 


      Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah 
      besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini 
      menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati 
      hati dalam tindakannya. 


      Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup 
      berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup 
      berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat! 


      [Bentuk tulisan] 
      Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan 
      diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar 
      mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam 
      menjaga hati teman-teman. 


      Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya 
      digemarinya saja. 


      Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni. 


      Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan 
      penyayang. 


      Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik. 


      Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya 
      saja! 


      [Jarak tulisan] 
      Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, 
      bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan 
      dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau 
      bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu. 


      Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia 
      juga berfikiran terbuka. 


      [Ruangan di tepi] Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. 
      Sekiranya :
      Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu 
      adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik. 




      Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat 
      sensitif sebenarnya! 


      Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun 
      sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya. 


      Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai 
      banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

No comments:

Post a Comment