Tuesday, November 30, 2010

Show Your Love

Bila lepas je print assignment tadi teringat pulak dekat aiskrim cornetto show your love...
jadi mulalah sesi pergambaran :)

 lapar suda :)

My Photograper :)

kemam jgn tak kemam :)

last one :)

P/S : Ais Krim da lemau...nyesal beli...hahaha

So That's All For Today ...
Sincerely by ME


Sunday, November 28, 2010

Blood Brother. (Kampung Pandan)



I have a family.  
We are just one big family and helping each other.
Live in this family, we must have commitment.  
It's about " time, money and power".
Without this commitment, we can't do what we want.
I never give up, even it's difficult for me.  
For me, It's a challenge.
"Loyalty and Law" is very important on this family.
Without Loyalty and Law, we can do everything without a limit.
Sometimes people thought they very perfect enough.  
But for me, we all same.
Their now, "apart" of my life.  
Everything I do,  it's all about this society.  (family)
Sometimes, their always help me.
They always support me, and give me a chance.
Seriously, that's all enough for me.
I love my family, especialy my big bos "Ayah Tony" and "Along Fazrul".
Thanks for accept me to live in this family. 
I appreciate that. I love you all!  
(DiabloSeven Bersatu! Kampung Pandan Forever!)


P/S : We are not a gangsterisme, we just a one family who help each other.







So That's All For Today ...
Sincerely by ME


Monday, November 22, 2010

Final Exam :)

Hari selase sy sudah bermulanya final exam . jadi di sini saya ingin memohon maaf kepada rakan2 jikalau sy ader buat salah samada sengaja atau tidak . Kadang2 sy tidak perasan . its a fact . as a someone that nothing if compared to the GREAT . Then doakanlah sy dan rakan2...TQ :)

 

So That's All For Today ...
Sincerely by ME

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Eidul Adha

Selamat hari raya semua saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian .
Bagi mereka yang menyertai program korban, semoga diganjarkan Allah s.w.t. dengan sebesar besar pahala. Bagi mereka yang berkorban dan melakukan fardhu kifayah dalam musim cuti panjang ini demi keselesaan dan kepentingan orang lain dan masyarakat secara umum, semoga diganjarkan dengan kebaikan yang sama.


So That's All For Today ...
Sincerely by ME

Tuesday, November 16, 2010

Happy and Sad

Hello all .

Hari ni ialah hari paling indah dan paling sedeh bagi aku . Pagi2 lagi aku dah rase seronok bangat bile nak balik jam 5 petang . Excited giler aku nak balik KL . Nak jumpe kawan2 lama . hehe . Bangun pukul 5 pagi , Then mandi and Solat . Afterthat aku pack semua barang aku...huhu.. Sebab lepas nie aku da nak final . tinggal 3 mggu je lagi...(rase macam lame,padahal kejap je)huhu.


Pukul 12.30 tghari gitu la aku tgk FB aku then aku baca la satu post yang mengatakan ader kemalangan . Sekali aku tgk kat post tuh ader tag name abg aku . Kelam kabut aku telefon ibu aku . Ibu aku ckp dye xnak aku risau sbb aku duduk jauh dari family . Aku sedih sgt sbb Ibu xnk bgtau . Telefon abg aku , abg aku xnak angkat telefon . geram!!! Dia takot kene marah...hahaha... apela ..Iqbal awk tuh sakit xkan sy nak marah2 awk...Tp mgkin boleh terjadi :)


Tepat jam 6.00 ptg aku dah ader di stesen bas larkin . Tiket pukul 6.00 ptg tapi bas tak sampai2 jugak..geram je nak kena tggu lame. Alasan driver tuh "dik kami dari singapore , jalan jem sikit " haiz.! panas je hati aku ni . Mase dalam bas pulak ader 2 perempuan 'mat saleh' yg dtg dr california nak pg KL . Dorg ingat bas berhenti kat Puduraya , Sekali kat Bukit Jalil . Kesian aku tgk dorang berdua .Menggelabah tengok peta . hahaha . Sampai je Kl aku la yang bawak Dorang nek LRT nak pg puduraya . Rupanya dorang nak pg Petaling Street . Enjoy bersama mereka berdua :)

Sampai je Taman Melati (Taman kebanggaanku) huhu aku telefon syafik . Ingat nak ajak lepak kejap kat kedai Mamak Corner . Then dia bgtau yg dia accident jugak . Aku terkejut bile dia ckp mcm tuh . Aku pun pegi melawat dia kat rumah pukul 12.30 tgh malam mcm tu la . Bile tgk je dia sebak je hati . sedih sgguh tgk keadaan dia mcm tuh . Teruk sgt . Aku ajak dia lepak tp dia mcm ragu2 nak pegi . Ayat2 dapat jugak lepak dgn dia dekat Mubarak di Wgsa Maju . Aku seronok dapat jumpe kawan lama aku time sekolah rendah dulu ..huhu name dye DAYAH . huhu . Hey seronok dapat ketemu sama kamu :) huhu .

Dahla aku mate dah nak rabak nie.. nak tido dulu k. t.care .:)


So That's All For Today ...
Sincerely by ME

Thursday, November 11, 2010

Malam Perpisahan Semester Akhir

Salam

Pada 10/11/2010 telahpun diadakan majlis MPSA di IKMJB . Sudah semestinya aku turut serta ..huhuhu..pada mulanya aku ingat nak pakai baju melayu tp bile difikir balik baik pakai kemeja...huhu..mcm biasa la aq dr atas smpi bawah di sponsor oleh warna kegemaranku (HITAM) hehehe..

  BLACK & WHITE

From left : ASYRAF . RAHEME . ME . SHAHRIN . IZWAN

Front Left : ENCIK FAISAL . EN JAMALUDIN . EN HASFARIZAN

Mereka ialah pengajar kami di IKMJB kursus SIJIL TEKNOLOGI MEKANIKAL PEMBUATAN . Kami SEMESTER 3 sesi JUL-DIS 09-10 semuanya lelaki . tiada WANITA . hehehe .So xdela nak malu sgt. . hehe . Seronok sgt ble dapat duduk setable dgn LECTURER kami :)

WE ALL WILL MISS OUR LECTURER

So That's All For Today ...
Sincerely by ME 


Tuesday, November 9, 2010

Taklimat LI

Salam...

Harini kiteorng ader taklimat LI (latihan industri) same la dengan Practical ..hehe.. Pagi2 lepas rowcall ingat nak lepak dulu sebelum pegi taklimat...Mula2 dorg ckp taklimat pukul 8.15 pagi. Skali aq tanye lecturer aku dye ckp yg kiteorg nie sesi kedua pukul 9.15pagi..Aduh lemah betul aku nak kene naik tingkat 3 untuk kelas Pengajian Malaysia(sibijik sejarah) i hate it =.= ...

                                                     Jam 9.20pagi

Kate taklimat start jam 9.15..Tp biase la janji melayu kan..nak buat mcm ne...ckp lebih lewat jugak abes...Buat penat je aku ngn kwn2 datang awal...Dahla tempatnyer jauh sungguh..Penat Beta...huhuhu...Peluh2 saya tau..hahahha...walaweyh!!

                                    Di dalam pada jam 9.35 pagi

Hah tu la die...jam 9.35 pagi barulah dapat masuk..dahla ramai gler..Padat pulak tuh..yg mamat dua org tepi aku tuh yg bediri uh...masuk lambat skit je dari kiteorg dah kene berdiri..aduh susah betul kalau mcm ni...Nak bagi duduk sebesalah pulak..Kalau aku yg kne bediri lagi "KHAYAL" .. Mandi aku bediri kat situ...hahahha
                                   NASRULHADI BIN ARSHAD

Kusyuk bebenor aku tgk mamat nie...Dia nie la yg banyak nasihatkan aku kalau pasal projek2 kat bengkel aku tuh..senang ctew mcm PA aku la..huhu...Mulut dia dasyat sikit...Sakit je hati ni kalau kena "SOUND" ngn dia..hehehe...Masa taklimat tadi mulut dia je membebel pasal ape ntah...Skit2 xsetuju dengan PUAN yg bagi taklimat...Ader je bantahan dia..huhu...


So That's All For Today ...
Sincerely by ME .

Saturday, November 6, 2010

KAMU

SALAM..


semalam dgn harini adalah hari yg terburuk dalam sejarah...susah sgt nak berinteraksi dgn WANITA...Aq pun xpaham ape yg dia ckp...dye ckp yg aq nak mrh dye sbb dye x backup aq...sory skit eh...Aq marah ko bkn sbb uh.. tp sbb ko xde respect kat aq langsung..Awk tu WANITA martabatnya tinggi...Aku ckp elok-elok ko mcm nak begaduh...aku lagi xpaham ko...And Aku xtahu ape yg kau nak...Thats MY FACEBOOK NOT YOUR FACEBOOK ok..suka aq la..Yang ko nak terasa sangat kenape ha???aq xmarah ko pun ko xpickup kol aq...tp care ko msj tuh mcm biadap(bagi aku la)..




Then aq pelik knpe aq gurau dgn ko an aq ckp ko TEMBAM an ko terus xcontact aq...aq pelik..aq msj ko ,ko xreply...mmg hak ko..tp aq sebesalah la...tp ble ko msj aq dgn cara yg macam uh sape tak trase hati...sedey jgak beb...aq ni mmg jahat..tp aku ada jugak hati dan perasaan ... lain kali kalu nak ckp pape ke fikir dulu...jgn nak sesuke je...


Hari tuh aq penah terhutang budi dgn kau ... Ko ader tolong aku mlm uh...kalau kau msih ingat lagi la...hari AHAD mlm isnin...ko tolong aq dalam ENGLISH...that y bile aku ader buat salah dgn ko , aq xsedap hati...sebab ko penah tolong aku...maaf la buat ko kusut an...aq sendiri xtau nak setel mcm ner...sbb aku kol ko , ko xpick up phone... xtau mcm ne nak setel...mgkin kalau ko da bace benda nie ko phm ape yg aku mksdkan ...



Maksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pd diri Rasulullah (saw) itu contoh ikutan yg baik, iaitu bagi orang yg sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senanag)."
AL-AHZAB: 21




Friday, November 5, 2010

Rahsia Lelaki Dan Pergerakan

    
      Mengganggukkan kepala
      Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan 
      kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan 
      sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila 
      diperlukan pertolongan.


      Mendekatkan badan
      Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual 
      dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang 
      lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.


      Merenung
      Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh 
      tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.


      Menggerakkan tangan dan badan
      Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta 
      yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk 
      membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk 
      menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.


      Suka berdiri
      Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini 
      melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka 
      mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang 
      mengalah.


      Memandang mata
      Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa 
      memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana 
      rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.


      Sensitif pada jarak
      Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak 
      tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia 
      jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.


      Meniru gerak
      Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka 
      mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia 
      tidak menimbulkan masalah.


      Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk 
      mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk 
      menghadapi sebarang kemungkinan. 

Monday, November 1, 2010

Rahsia Disebalik Tulisanmu

     Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada 
      yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik 
      mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita 
      boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada 
      syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu 
      mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood 
      yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan 
      hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu 
      bersifat sementara saja.  


      [Tulisan berubah-ubah] 
      Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu 
      lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. 
      Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada 
      sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia 
      sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah 
      dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang 
      yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan 
      lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka 
      dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini 
      tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh 
      dipengaruhi oleh orang lain. 


      [Kecondongan tulisan] 
      Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang 
      rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya 
      amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan 
      tepat. 
      Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan 
      biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan 
      dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. 
      Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil 
      dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri 
      mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab 
      itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama! 


      Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi 
      luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga 
      seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia 
      tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau 
      bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada 
      orang yang dicintainya! Cayalah! 


      [Saiz tulisan] 
      Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan 
      orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan 
      dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang 
      memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya. 


      Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran 
      jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang 
      sensitif dan mudah tersentuh jiwanya. 


      Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah 
      besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini 
      menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati 
      hati dalam tindakannya. 


      Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup 
      berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup 
      berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat! 


      [Bentuk tulisan] 
      Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan 
      diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar 
      mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam 
      menjaga hati teman-teman. 


      Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya 
      digemarinya saja. 


      Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni. 


      Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan 
      penyayang. 


      Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik. 


      Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya 
      saja! 


      [Jarak tulisan] 
      Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, 
      bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan 
      dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau 
      bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu. 


      Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia 
      juga berfikiran terbuka. 


      [Ruangan di tepi] Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. 
      Sekiranya :
      Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu 
      adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik. 




      Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat 
      sensitif sebenarnya! 


      Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun 
      sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya. 


      Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai 
      banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.