Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang
kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya
terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap
kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi
wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap
pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami
persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok
apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami
sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai
rahsia yg berbeza lagi tersendiri.
Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia
menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan
akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian
belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang
anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang
murid terhadap gurunya dan seterusnya....
Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah
lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu
menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati
wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di
dahi. Apakah tandanya?
Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia
begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat
berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang
pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda,
itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah
ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri
dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru
pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia
sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua
pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah
anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir
anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap
dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah
belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan
anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini
menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda
pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa
senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda
terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan
pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam
hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk
pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam
sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar
melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung
kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah
terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si
dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki
pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat
perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg
anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan
boleh x nak mintak izin nk share post nieyh kat blog sayer? contentnya menarik sgt...
ReplyDeleteboleh saja :)
ReplyDelete