Saturday, February 26, 2011

Mudah Berunding Selesai Masalah Boleh Hindar Neraka

Assalamualaikum .


Setengah daripada hak orang muslim hendaklah ketika berjumpa, sentiasa dengan wajah manis berseri, sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada para sahabat yang bermaksud :"Adakah kamu mengetahui siapakah manusia yang tdak disentuh oleh api neraka ? Jawab para sahabat hanya ALLAH SWT dan Rasul-NYA yang mengetahuinya .

Sabda Baginda s.a.w lagi :"Ialah mereka yang lemah lembut, berbahasa yang murni, mereka yang mudah berunding menyelesaikan masalah serta menjadi sahabat karib .

Abu Hurairah r.a berkata : Suatu hari ketika Nabi s.a.w duduk tiba-tiba aku lihat beliau dalam keadaan gembira hingga kelihatan gigi baris hadapannya, lalu seorang sahabat bertanya : Apakah yang menyebabkan Nabi s.a.w gembira secara tiba-tiba?

Jawab nabi s.a.w :"Ada dua orang kedua-duanya umat ku pada akhirat kelak, dalam keadaan merangkak di hadapan ALLAH SWT disebabkan gerun terhadap-Nya .

"Seorang daripadanya mengadu kepada ALLAH SWT "Wahai Tuhan,ambillah pembalasan terhadap lelaki ini kerana penganiayaan yang dilakukan kepadaku di dunia dahulu.

"Tuhan berkata kepada penzalim itu ; hai manusia, berilah balasan atas kezaliman yang kamu lakukan terhadap saudaramu itu,lalu manusia penzalim itu berkata "Tiada lagi pahala kebajikan yang hendak kuberikan padanya, kerana habis bagi menyelesaikan hutang kezalimanku kepada orang lain .

Berkata pula orang kena zalim itu " jika demikian ambillah dosaku sebagai gantinya" Ketika itu Abu Hurairah melihat airmata Nabi s.a.w berlinangan . Tanda betapa sedihnya baginda s.a.w terhadap nasib malang umatnya, yang tidak dapat menyelesaikan dosa sesama manusia .

Nabi s.a.w membuat ulasan terhadap komennya;"Ketahuilah bahawa itulah hari yang manusia berhajat supaya manusia lain memikul dosanya" .

Lalu Tuhan berkata kepada yang menuntu dosanya dipikul:" Cuba alihkan pandanganmu ke arah atas, lalu orang itu berbuat seperti yang diminta oleh Tuhan . Lalu terpandanglah olehnya syurga serta segala nikmat kebahagiaan yang mengagumkan .

Orang itu bertanya kepada Tuhan;"Untuk siapakah syurga tersebut?"Jawab Tuhan pula:Untuk orang yang sanggup membayar harganya?" Orang itu berkata lagi ;"Siapakah yang mampu membayar harganya yang mahal itu?" Tuhan menjawab lagi:"Orang yang mampu membayarnya ialah enkau sendiri,harganya dengan MEMAAFKAN SAUDARAMU . "

Dengan itu dia tidak lagi menyimpan rasa dendam dan menuntut supaya memikul dosanya . Kerana dengan memaafkan kesalahan saudaranya nilainya amat besar, iaitu Tuhan kurniakan syurga yang tiada bandingan . Apabila dia memaafkan saudaranya bererti dia mendapat kurnia syurga secara percuma, Tuhan beri peluang untuk dia membawa bersama saudaranya yang telah dimaafkan itu . Dengan memimpin tangan saudaranya untuk memasuki syurga, bersama mengecapi kebahagiaan nikmatnya .

Setelah Nabi s.a.w menceritakan tentang dua orang dari umatnya merangkak di hadapan ALLAH SWT di akhirat, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Oleh itu bertakwalah kamu kepada ALLAH SWT dan perbaikilah perbalahan antara kamu, kerana ALLAH SWT berbuat kebaikan di antara orang mukmin pada hari KIAMAT kelak .

P/S : Sampai kesubuh menaip . huhu . Solat Subuh sheikh . Dan berada di Kuala Lumpur bersama Keluarga :)


So That's All For Today ...

Sincerely by ME

No comments:

Post a Comment