Iblis laknatullah pernah ganggu Nabi Adam dan Hawa a.h.s. dgn buah terlarang, akhirnya, kedua-duanya keluar dari Syurga. (Tentulah punya hikmah disebaliknya).
Iblis hasut dan ganggu anak Nabi Nuh a.s., katanya, dia akan ke gunung, nescaya dia akan selamat dari banjir besar, banjir kemurkaan ALLAH SWT. Akhirnya, dia mati dalam kekafiran.
Iblis masukkan jarumnya kpd anak-anak Nabi Ya'kub a.s., yakni, abang-abang Nabi Yusuf a.s. Disebabkan hasad, Nabi Yusuf dicampak ke dalam telaga, dibogelkan. Baju Nabi Yusuf dilumur darah serigala. Abang-abang pulang, mengadap ayahanda. Menangis berlakun, mengeluarkan air mata buaya, kononnya Yusuf dimamah serigala. Yusuf menderita. Dijual di pasar Mesir. Dibeli oleh Raja. Dipelihara di dalam istana. Isteri si Raja tak mampu menahan gelora. Yusuf a.s. menolak ajakan nafsu celaka. Konspirasi istana menyumbat Yusuf a.s. ke penjara. Bertahun lamanya di balik tembok. Ujian ALLAH buat Rasul yg mulia.
Nabi Ayyub a.s. ditimpa kesakitan yg teruk. Syaitan membisikkan kpd isterinya - 'Tinggalkanlah dia!". Ayyub a.s. keseorangan. Si isteri tidak sanggup menanggung kesusahan.
Iblis menunggang golongan munafiqun di Madinah. Bersorak mereka menaburkan fitnah - 'A'isyah telah berzina dgn Safwan!.' Na'uzubillah. Tiada inci bumi Madinah yg tidak sampai fitnah ini. Goncang rumahtangga Rasulullah saw.
ALLAH memberi peringatan:
`Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga....'
AL-A'RAF: 27
'Dan jika engkau dihasut oleh sesuatau hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kpd ALLAH. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'
FUSSILAT: 36
P/S : Terima Kasih Kepada ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih kerana telah menunjukkan daku jalan yang benar . Ampunkanlah segala dosaku . Terima Kasih juga kerana menghantar seorang hambamu untuk menyedarkan hambamu yang hina ini ya ALLAH . :)
So That's All For Today ...
Sincerely by ME
No comments:
Post a Comment