Thursday, May 19, 2011

hey u !

Assalamualaikum .


Alhamdulillah diatas limpah dan kurniaNYA aku masih lagi boleh berfikir , berkata-kata , makan , minum , dan aku masih ingat siapa diri aku . Alhamdulillah .

Lame jugak la tak update blog ni . Hampir satu bulan kot . huhu . busy dengan practical . Ni tinggal lagi dua hari . Mmg menjadi-jadi la kerja nak kena siapkan . haih ( mengeluh sambil minum kopi ) .

Hah cik kak saya tak nak berlapik lagi dah ni . Dah tak tahan sangat kot . Maybe ? Maybe not . HOHO . Memang tak tahan la dengan perangai kau yang terlalu OBSES . bahaya tau kalau terlalu obses . Apa yang kau nak sebenarnya ? aku tak paham la . Membe aku cakap hari-hari kau stalker fb n blog aku . apa cerita ye ? nanti jelaskan la ye bila aku balik kl .

Nak tanye sikit ni cik A . kau dah tade keje ea ? Kakak aku pun kau nak msj apahal ? gila ea ? janganla wei . skrg aku nak duduk zaman orang2 beriman . jangan buat aku pulang ke zaman jahiliah . aku tak suka la . tolong la ye. aku tak berniat nak bg kau malu . tp aku terpakse la . Tak perlu la nak pujuk aku ke apa ke ok :) . aku sayang kau sbg kawan aku . tp jgn lebih2 tau :) . aku tak nak perangai lama dtg kembali . kau pun tau kan aku dulu mcm mane .

Hah lagi satu . tolong buang gambar album aku kat laptop kau boleh tak ? aku ni bukanla suami kau . so aku tak layak la ada kat laptop kau . tolong ye . kawan baik kau dah bgtau aku . jgn marah dia . dia cuma nak tolong kau . tp kau kena tolong aku jgak ye . :) .  nanti kita jmpa aku nak kau jelaskan ye .

p/s : hey i miss u a lot NA . where did u go ?



So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Monday, April 25, 2011

Falling Slowly





I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now

Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now

Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now
Falling slowly sing your melody
I'll sing along



So Thats All For Today
Sincerely by Me

Friday, April 22, 2011

Rahsia Bertudung

Assalamualaikum :)



Karima Burns di dalam artikelnya The Science Behind The Veilmenyatakan:
`Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus dpd tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala. Justru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yg lain. Menutup kepala juga bermenafaat di musim panas. V.G.ROCINE, seorang pakar otak , mengatakan fosforus otak menjadi cair pd suhu 108 darjah F. Ini berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala! Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun dan menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negatif.'


Firman ALLAH (mafhum):
`
Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yg beriman , supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)...........
59: AL-AHZAB
Bila lagi nak bertudung, menutup aurat dgn betul? =D



P/S : Minggu depan akan ada kisah tentang riwayat hidup JU  :)





So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Saturday, April 16, 2011

Sahabat

Assalamualaikum .







Sahabat .
 Waktu semakin pantas berlalu .
Semakin pantas meninggalkan cerita tentang kita .
Tertanya aku akankah tiada lagi tawamu .
untuk menghapuskan semua sepi di hati .

Sahabat .
Teringat aku ada cerita tentang aku dan dikau .
Ketika kita bersama .
ada cerita tentang masa yang indah .
Saat kita berduka .
Saat kita tertawa .
Semuanya cerita tentang kita .

Sahabat .
Musykilku apakah aku akan bisa tanpamu .
Untuk belajar terbang melayang .
Namun akan aku gagahkan diri untuk terbang sendiri .
Mencari bunga cita-cita .
Mampukah aku ?

Ya ALLAH .
Kau berilah rahmatMU dalam memelihara insan ini .
Kerana Hanya MU mampu menjaganya jauh lebih baik dari aku .

Sahabat .
InsyaALLAH esok kita akan terus bersama di jalan ALLAH .
Jika harin ini kita mendoakan ikatan yang akrab ini terus bersemadi .

Sahabat .
Mungkin hari ini atau esok aku akan pergi .
Tanpa sempat bertemu denganmu lagi .
Namun aku sempat berdoa dalam kesyahduan .

YA ALLAH .
Sayangilah SAHABATKU ini .
Kerana aku xmampu menandingi Kasih SayangMU .


P/S : Dapat anak buah lagi . Perempuan pulak kali ni . bertambah meriah la rumah  :) 
        Hei asal tetibe menyepi ? Rindu KAU !


So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Monday, April 4, 2011

Tired . Of . Drama .

Assalamualaikum .

Baru pulang dari tempat kerja .  Sangat penat dr segi fizikal dan MENTAL .
Dalam dua minggu ni aku perhatikan je kau .
Ader je yg tak kena dengan aku .
Ape aku buat semua tak kena . Buat ni salah .
Buat tu salah .
Habis kau nak yang macam mana ?
Aku bukanlah MALAIKAT mahapun NABI .
Aku manusia . Manusia yang selalu buat kesilapan .
Bila ade kesilapan semestinya aku memohon maaf .
Habis takkan dah buat salah nak ketawa besar pulak ?
Memang takkan la . tapi kalau kau nak terasa pasal benda uh ok u can GO ON with ur life .
Aku takkan halang kau . Mungkin kau tak boleh terima cara aku .
Yela . Sebab aku ni budak nakal suatu masa dahulu .
Sekarang pun nakal jugak . tp tak da la macam dulu . huhu .
Kau tak faham ape yang aku lalui .
Dan kau tak pernah berada dan merasa apa yg aku lalui .
Kalau kau duduk kat tempat aku mungkin kau boleh gila kot .
Tekanan yang aku rasa tak sama dengan apa yang kau rasa dr segi family atau kwn .
Kalau boleh aku tak nak marah kau .
Dan aku tak marah kau pun .
Cuma aku nak cakap yang kau tak ada kat tempat aku .
Sebab tu kau boleh cakap apa yang kau suka .
Aku cuma boleh senyum jela baca mesej dari kau .
Jangan Risau . aku takkan mintak maaf lagi . Pecayalah . :-)


P/S : Renung-renungkan dan Selamat Beramal wahai kawanku .



So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Monday, March 28, 2011

Talking To The Moon

For U .




I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have


At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night 
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away




So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Saturday, March 19, 2011

I miss U N°A°Y

Assalamualaikum .

Hari ini aku terlalu penat sgt . ni baru smpi rumah . macam2 hal yang nak disettlekan . Alhamdulillah dengan berkat doa IBU dan AYAH aku masih di sini . :)

Aku tak paham la.... Ape yang kau nak sebenarnye .... Aku pelik sungguh dengan perangai kau yang macam tuh.... Kau tak payah la nak EGO sangat ... aku tahu perasaan kau ... Cume suatu masa nanti janganlah kau terkenang wahai SAHABATku ...





I miss that face
That beautiful face
I can't believe you're gone
The memories of all
Those loving times
Race through my mind
A lonely tear
Waiting for a shoulder
To fall on
Yours isn't there
To relive all those moments
Just a dream
Will it ever come true?
You decide
I'll leave it up to you...



P/S : Packing barang nak pergi SRMBN--->KL-->JB-->SRMBN . . . . . .



So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Monday, March 14, 2011

4 perkara . sama-samalah beringat . ! .

Assalamualaikum .

Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud: "Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.


Adapun yang berharga itu ialah Akal,Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....


1. Akal boleh hilang disebabkan marah.

2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.


Manusia akan menghadapi 4 penarikan:


1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.

2. Para ahli waris akan menarik hartanya.

3. Ulat akan menarik tubuhnya.

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:


1. Memberi maaf pada waktu marah.

2. Suka memberi pada waktu susah.

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:


1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.


Sama-samalah kita renungkan bersama!

So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Sunday, March 13, 2011

Santai Sejenak :)

Assalamualaikum 


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?






Daripada Abu Said r.a.,

bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dan sesungguhnya Allah menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu(untuk mengolah dan memakmurkan) . Maka Allah akan melihat bagaimana yang engkau semua lakukan -untuk dibalas menurut masing-masing amalannya. Oleh sebab itu, bertaqwalah dalam mengemudikan harta dunia dan bertaqwalah dalam urusan kaum wanita."


(Riwayat Muslim)

P/S :   Tak pa . Aku redha ape pun jadi .Allah tahu apa perasaan aku . Aku bkn xde perasaan . Aku Manusia .

So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Saturday, February 26, 2011

Mudah Berunding Selesai Masalah Boleh Hindar Neraka

Assalamualaikum .


Setengah daripada hak orang muslim hendaklah ketika berjumpa, sentiasa dengan wajah manis berseri, sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada para sahabat yang bermaksud :"Adakah kamu mengetahui siapakah manusia yang tdak disentuh oleh api neraka ? Jawab para sahabat hanya ALLAH SWT dan Rasul-NYA yang mengetahuinya .

Sabda Baginda s.a.w lagi :"Ialah mereka yang lemah lembut, berbahasa yang murni, mereka yang mudah berunding menyelesaikan masalah serta menjadi sahabat karib .

Abu Hurairah r.a berkata : Suatu hari ketika Nabi s.a.w duduk tiba-tiba aku lihat beliau dalam keadaan gembira hingga kelihatan gigi baris hadapannya, lalu seorang sahabat bertanya : Apakah yang menyebabkan Nabi s.a.w gembira secara tiba-tiba?

Jawab nabi s.a.w :"Ada dua orang kedua-duanya umat ku pada akhirat kelak, dalam keadaan merangkak di hadapan ALLAH SWT disebabkan gerun terhadap-Nya .

"Seorang daripadanya mengadu kepada ALLAH SWT "Wahai Tuhan,ambillah pembalasan terhadap lelaki ini kerana penganiayaan yang dilakukan kepadaku di dunia dahulu.

"Tuhan berkata kepada penzalim itu ; hai manusia, berilah balasan atas kezaliman yang kamu lakukan terhadap saudaramu itu,lalu manusia penzalim itu berkata "Tiada lagi pahala kebajikan yang hendak kuberikan padanya, kerana habis bagi menyelesaikan hutang kezalimanku kepada orang lain .

Berkata pula orang kena zalim itu " jika demikian ambillah dosaku sebagai gantinya" Ketika itu Abu Hurairah melihat airmata Nabi s.a.w berlinangan . Tanda betapa sedihnya baginda s.a.w terhadap nasib malang umatnya, yang tidak dapat menyelesaikan dosa sesama manusia .

Nabi s.a.w membuat ulasan terhadap komennya;"Ketahuilah bahawa itulah hari yang manusia berhajat supaya manusia lain memikul dosanya" .

Lalu Tuhan berkata kepada yang menuntu dosanya dipikul:" Cuba alihkan pandanganmu ke arah atas, lalu orang itu berbuat seperti yang diminta oleh Tuhan . Lalu terpandanglah olehnya syurga serta segala nikmat kebahagiaan yang mengagumkan .

Orang itu bertanya kepada Tuhan;"Untuk siapakah syurga tersebut?"Jawab Tuhan pula:Untuk orang yang sanggup membayar harganya?" Orang itu berkata lagi ;"Siapakah yang mampu membayar harganya yang mahal itu?" Tuhan menjawab lagi:"Orang yang mampu membayarnya ialah enkau sendiri,harganya dengan MEMAAFKAN SAUDARAMU . "

Dengan itu dia tidak lagi menyimpan rasa dendam dan menuntut supaya memikul dosanya . Kerana dengan memaafkan kesalahan saudaranya nilainya amat besar, iaitu Tuhan kurniakan syurga yang tiada bandingan . Apabila dia memaafkan saudaranya bererti dia mendapat kurnia syurga secara percuma, Tuhan beri peluang untuk dia membawa bersama saudaranya yang telah dimaafkan itu . Dengan memimpin tangan saudaranya untuk memasuki syurga, bersama mengecapi kebahagiaan nikmatnya .

Setelah Nabi s.a.w menceritakan tentang dua orang dari umatnya merangkak di hadapan ALLAH SWT di akhirat, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : "Oleh itu bertakwalah kamu kepada ALLAH SWT dan perbaikilah perbalahan antara kamu, kerana ALLAH SWT berbuat kebaikan di antara orang mukmin pada hari KIAMAT kelak .

P/S : Sampai kesubuh menaip . huhu . Solat Subuh sheikh . Dan berada di Kuala Lumpur bersama Keluarga :)


So That's All For Today ...

Sincerely by ME

Wednesday, February 23, 2011

She's Gone

She' Gone



She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.


Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, lady.

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

P/S :  JELAI or KL ? hurmmm... dua2 important ..


So That's All For Today ...
Sincerely by ME

Wednesday, February 16, 2011

Nukilan buat Hamlatul Qur'an

Assalamualaikum .

Alif, Lam, Mim................................
Setiap Alif adalah sepuluh
Setiap Lam dan Mim adalah sepuluh....................
Tertib dan tartil............................
Tajwid dijaga, harakat biar sempurna,
Waqaf dan wasal mesti sekata


Usah sedih jika bertatih
Pada bertatih itu ada rahmat dan kasih ALLAH
Usah gopoh-gapah tuturkan lisanmu
Ini bukan kalammu, tapi kalam Tuhanmu
Dipilih insan-insan dari kalangan hambaNya
Untuk diletakkan Al-Furqan di dalam dadanya
Maha SuciMu ya Robbi!
Kulihat keagunganMu dalam mukjizat ini

Ni'matnya................. bila yg satu ini tersimpan di hati
Seolah -olah menemani ke sana ke sini
Seorang atau ramai, ia tetap di sisi
Terang atau gelap, tetap setia mendampingi
Pendinding diri dari yg mungkar dan keji

Sungguh.............ia adalah beban
Namun beban yg mengasyikkan
Membajai cinta pada Ar-Rahman
Menyulam rindu dalam ketaatan
Ada kedamaian dan ketenangan

Tiap kali ku alunkan lagu tarannum
Pada bacaan atau pada ingatan
Hati berbisik memohon kpd ALLAH............
Jangan palingkan ia dari ingatanku
Inilah cahaya hidupku, dambaanku......
Bukti cintaku padaMu

Sengsaranya diri............bila ia lari dari sisi
Peritnya mahu mencari, kemanakah menghilangnya pergi?
Ia pernah ku timang, ku alun dan ku lagukan
Yang merawat dan menghibur kedukaanku
Usah tanya wahai diri yg hina...
Ia adalah nur Ilahi, cahaya yg menerangi, mana mungkin memberi seri pada hati yg dicemari........

Bertaubatlah diri................
Hati yg suci usah dinodai, agar cahaya yang murni hadir kembali.............
YA HAMLATUL QURAN!
Itqan dan bersabarlah.....
Ini bukan kerja mudah
Biar berpenat dan bersusah
Asal kau raih MARDHATILLAH.


ALLAH berfirman (mafhum)


`Dan orang-orang yg beriman dan mengerjakan amal yg solih, serta beriman kpd Al-Quran yg diturunkan kpd Muhammad (saw)- yg ialah kebenaran dpd Tuhan mereka - ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan akhirat).'
MUHAMMAD (saw) : 2



P/S :ALHAMDULILLAH . Makbul Doaku Ya ALLAH . Biarpun Sekejap . :) Amin ya Rabbal A'lamin .

So That's All For Today ...
Sincerely by ME

Friday, February 4, 2011

Jangan Suka Bersangka Buruk

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah..

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah..

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa..

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya..

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya ..

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api..Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

P/S : Hey I miss U . Where are u ?

So That's All For Today ...
Sincerely by ME

Saturday, January 22, 2011

HIjau Daun

Assalamualaikum :)

Hari ni ialah hari paling tenang dalam hidup aku . Dengan limpah kurniaNYA aku bangun pagi aku masih boleh berkata-kata . aku masih boleh mendengar . aku masih boleh melihat dan aku masih boleh ingat siapa diri aku ini dengan izin ALLAH yang MAHA BESAR .

Pagi-pagi lagi hari sabtu 22/1/2011 dah kene bangun awal . Pukul 5.30 telah bangun dan selesaikan solat subuh . :) Badan agak keletihan kerana semalam mengecat di kilang . kerja-kerja tersebut dikenali sebagai 5S .

Turun ke tempat kerja dalam jam 7.30pg . Kami diambil oleh En.Adnan Ali ( Supervisor yo ) di guard post kilang . Aku cakap la kat supervisor aku nie "cik jadi ke x nak pekena nasi dagang ? " dengan selamber yaya di cakap "berehh" . Nasi dagang dia mmg enak benar . Bertempat di Taman Tuanku Jaafar (TTJ) ( Aduhai promot la pulak ) .

Back to the title blogger . :) . Act kami kena pergi ke Taman Malaysia di Seremban . aku pun terfikir apela ader kat situ . Tempat tuh sumpah tenang beb . Aman bangat  . Siapa yang bg perasaan aman dan tenang ? ALLAH :) . Thank you ALLAH (Dah macam Maher Zain pulak ) . Dah sampai je kat Taman Malaysia uh ape lagi sesi FOTOGRAFI la . huhu .

PAGAR DEPAN TAMAN MALAYSIA - SEREMBAN

HIJAU DAUN .

POKOK YANG BERUMUR 100 TAHUN

POKOK MEMBULUH SETINGGI 20METER .

BLOGGER DI CHALET  YG TIDAK BERPENGHUNI 

JURUGAMBAR SY :))

DI JAMBATAN GANTUNG :) 

MAKANAN TENGAHARI KU DISPONSOR OLEH EN.SHUKOR :)

BLOGGER BERSAMA DENGAN MAKAN TENGAHARI

KUMPULAN BONGEK :) . HASIL KUTIPAN SAMPAH 170KG .
HASIL NAMA POKOK SPESIFIK 72 NAMA :) 

KITA MEMINJAM ALAM SEKITAR INI DARI ANAK DAN CUCU KITA . KITA HARUS PULANGKAN ALAM SEKITAR KEPADA MEREKA DENGAN BERSIH . JAGALAH ALAM SEKITAR .

P/S : PREPARE FOR DOTA COMPETITION AT TAMAN MELATI :)

So That's All For Today ...
Sincerely by ME

Friday, January 21, 2011

Keluarga dan Sahabat ?

ASSALAMUALAIKUM .


Hari Aku terfikir tentang mana yang penting ?
Antara Keluarga dan Sahabat .

Banyak sangat dugaan hidup aku ni .
Ader yang indah . Ader yang sedih . Ader yang pilu . Ader yang Mencabar .
Ader Yang Suka Dan macam2 lagi 

HIDUP NI MENCABAR SANGAT .

Siapa cakap hidup ni senang ?
Tidak semua manusia boleh hidup senang .
Setenang-tenang orang itu pasti ada kesukarannya :)
Aku sangat gembira sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang sempurna .
Walaupun kami serba kekurangan Tapi ikatan keluarga kami amat kuat :)


1-SALEHHUDDIN BIN MOHD NASIR (FATHER)

2 RASHIDAH BINTI HASHIM (MOTHER)

3-SITI AISHAH BINTI SALEHHUDDIN (SISTER)

4-MUHAMMAD IQBAL BIN SALEHHUDDIN (BROTHER)

5-MUHAMMAD IKRAMI BIN SALEHHUDDIN (BROTHER)

6-SITI AQILAH BINTI SALEHHUDDIN (SISTER)

7-MUHAMMAD IZZUDDIN BIN SALEHHUDDIN (ME)

8-MUHAMMAD IKHWAN BIN SALEHHUDDIN (BROTHER)

9-MUHAMMAD IKMAL SHIBRI BIN SALEHHUDDIN (BROTHER)

ITULAH KELUARGAKU :)


Sahabat memerlukan kepercayaan yang kuat :)
Semangat juang yang mantap :)
Dan Kejujuran yang bernilai :)


Sahabat yang telah merantau mencari Ilmu :)

P/S : Keluarga dan sahabat ialah penyeri hidup kita . jangan mensia-siakan apa yang ader . :)

So That's All For Today ...
Sincerely by ME